Kursk Russia (2010-2011)Salah sebuah cawangan dari 70 buah Kelab UMNO di seluruh dunia, 7 di Rusia. Ahli kelab majoriti terdiri daripada pelajar-pelajar Malaysia yang kini menuntut di Kursk Medical university
Kelab UMNO Luar Negara Kursk Rusia (KRU) merupakan salah satu daripada 11 Kelab UMNO Luar Negara yang terdapat di negara Russia . KRU telah ditubuhkan secara rasmi pada tarikh 15 Oktober 2008 di Wisma Malaysia oleh mantan presiden Hartini Ridzuan pada tahun 2008.
Majoriti ahli terdiri daripada para pelajar yang melanjutkan pelajaran mereka di Kursk Rusia.Banyak aktiviti atau program yang telah dijalankan yang bertujuan merapatkan hubungan khasnya sesama orang Melayu dan Bumiputera tidak kira apa jua perbezaan lain pada diri masing masing.
Walaupun KRU merupakan sebuah kelab yang berada di bawah naungan sebuah parti politik, namun aktiviti kelab ini tidak terikat kepada urusan yang bercorak politik semata-mata, tetapi lebih kepada perpaduan bangsa Melayu dan Malaysia di perantauan.
Sesuai dengan organisasinya yang berbentuk kelab, KRU sentiasa akan mengadakan program-program yang bersifat kebajikan, sosial, dan silaturrahim.