Sunday, October 24, 2010

Hari Suai Kenal Pelajar Baru (Summer Intake 2010)


Patah tumbuh silih berganti merupakan peribahasa indah yang sering digunapakai oleh penduduk di Malaysia. Di sini perumpamaan ini kian jelas menampakkan titik tolak aktiviti yang di jalankan oleh Kelab UMNO Kursk. Pada 24/10/10 yang lalu telah di jalankan satu aktivit ringan hari suai kenal pelajar baru kos perubatan di Kursk. Aktiviti  ini berlangsung dengan jayanya di bawah kelolaan Kelab Umno Kursk dan berlangsung di 4th Hostel karl Max.



Tujuan Utama aktiviti ini di jalankan adalah untuk merapatkan silaturahim pelajar baru dan pelajar lama secara umumnya dan secara tidak langsung memperkenalkan dengan lebih mendalam penubuhan Kelab UMNO di kursk.

Aktiviti ini di mulakan dengan ucapan naib presiden UMNO, Encik Muhammad Hanif, pelajar tahun 3 dan diteruskan dengan aktiviti minum petang. Aktiviti ini tamat dengan jayanya pada pukul 4  setelah acara ice-breaking dijalankan .






Secara keseluruhannya, aktiviti ini di harap dapat di teruskan pada masa akan datang untuk memudahkan pelajar baru supaya lebih biasa dengan gaya hidup di Russia dan di samping itu juga ianya dapat merapatkan lagi silaturahim diantara pelajar baru dan lama.