Pada 8 Mei 2012 yang lepas Kelab UMNO Luar Negara Kursk telah
membuat satu kerja amal yang diberi nama Bersihkan 1.0. Bersihkan 1.0 telah
diadakan bertempat di Prospek Pabedi Kursk, Russia, bermula pada pukul 11 pagi pada
hari Selasa. Sekumpulan pelajar yang bertuah (Mohd Shafie Hassan, Alvinder
Singh dan Irfan Waedah) telah dipilih untuk dibantu oleh AJK- AJK KUK dalam
menjayakan Bersihkan 1.0 ini.
AJK KUK berkumpul di taman
permainan yang berdekatan sebelum bersama- sama menuju ke rumah baru pelajar
tersebut untuk membantu mereka memindahkan barang dan pada masa yang sama
membantu mempercepatkan proses mengemas dan membersihkan rumah baru mereka agar
mereka dapat kembali belajar dengan selesa.
Sejurus
sahaja sampai ke destinasi yang di tuju, ahli lelaki terus membantu mengangkat
almari, katil dan barang- barang mereka yang lain ke teratak mereka yang berada
di tingkat 9, manakala ahli perempuan membantu menyusun barang- barang bilik dan dapur mereka. Setelah proses
mengangkat barang selesai, ahli lelaki juga turut sama membantu mempercepatkan
kerja ahli perempuan.
Setelah proses mengemas dan
membersih selesai AJK KUK membuat keputusan untuk membantu dalam menyediakan
makan malam memandangkan semua AJK dan tuan- tuan rumah telah penat
membersihkan teratak baru mereka. AJK KUK menikmati juadah makan malam bersama
tuan rumah dan mengundurkan diri pada lebih kurang pukul 5 petang.
Secara amnya, pihak KUK merasa
berbesar hati kerana dapat menjayakan kerja amal ini, dan bersyukur kerana
dapat membantu para pelajar dari segi tenaga kerja, bak kata pepatah “berat
sama dipikul, ringan sama dijinjing” kerja yang berat menjadi ringan. Pihak KUK
juga tidak berat tulang untuk membantu pelajar- pelajar lain sekiranya mereka
memerlukan bantuan, terutamanya dari segi tenaga kerja.
Disediakan oleh,
Nurul Afizah Majali
Setiausaha Kelab UMNO Luar Negara Kursk




