Sunday, November 13, 2011

Laporan Kursk Road to Gorky Games 2012


       Gorky Games merupakan nama baru yang diberikan kepada intervarsity games yang saban tahun diadakan di Russia oleh sebab itu Kelab UMNO Luar Negara telah membuat keputusan untuk mengadakan road tour keseluruh bahagian Russia yang diduduki oleh pelajar- pelajar Malaysia. Dan pada 5hb November 2011 yang lepas road tour ini telah sampai ke bahagian Russia yang diberi nama Kursk.
              Kursk Road tour to Gorky Games 2012 (KRGG’12) ini telah diadakan selama 1 hari bertempat di Dewan Pharmacorpus, bermula pada pukul 1 petang sehingga 5 petang. Kelab UMNO Luar Negara Kursk telah memilih acara futsal bagi KRGG’12 ini, kerana futsal merupakan acara yang paling digemari oleh semua lapisan pelajar di bumi Kursk ini. KRGG’12 ini telah di adakan ditengah- tengah MyGames (aktiviti sukan tahunan yang diadakan di Kursk) yang mana tengah berlangsung beberapa hari lebih awal, maka dengan itu adalah menjadi satu peluang yang baik kepada semua pelajar untuk berlatih futsal sebelum perlawanan sebenar MyGames.
       Sebanyak 6 buah kumpulan lelaki dan 3 buah kumpulan perempuan telah dipilih untuk menyertai KRGG’12 ini, yang mana setiap kumpulan sepatutnya terdiri dari 6 orang sahaja. Namun terpulanglah kepada setiap pasukan untuk menambah ahli pasukan mereka.
       Perlawanan berlangsung dengan penuh semangat kepasukanan, dan secara meriahnya. Walaupun terdapat sedikit perselisihan faham didalam gelanggang, perselisihan itu hanya terhenti digelangang. Ini menunjukkan semangat setiakawan dan saling memaafi yang amat tinggi dalam kalangan warga Kursk.
       KRGG’12 ini telah dirasmikan oleh saudara Akmal Salleh, yang telah berpenat lelah bersusah payah datang ke Kursk ini semata- mata untuk menjelaskan mengenai Gorky Games ini kepada semua badan-badan NGO yang berada di Kursk ini. Saudara Akmal juga amat berpuas hati dengan perlawanan yang dipersembahkan oleh semua pasukan dan amat terharu dengan persahabatan berbilang kaum yang ditunjukkan oleh warga Kursk.
       KRGG’12 ini akhirnya telah berakhir lebih kurang pukul 6 petang, dengan suasana yang gembira, dan semua pihak berpuas hati dengan keputusan yang diperolehi

Disediakan oleh,                                                                                                                           
NURUL AFIZAH MAJALI
(Setiausaha Kelab UMNO Luar Negara Kursk)