Pada 25/12/10 telah berlangsung Majlis Malam Memori bagi meraikan majlis perpisahan pelajar tahun akhir perubatan Kursk State Medical University. Majlis ini berlangsung di 5th hostel pada jam 7.30 malam dan berakhir pada pukul 10.30 malam.
Majlis ini di mulakan dengan bacaan doa dan ucapan dari Naib President Kelab UMNO dan President PPIM dan diteruskan dengan persembahan slide show dan berakhir dengan acara menjamu selera .Tujuan utama Majlis ini diadakan adalah untuk menghargai jasa dan pengorbanan yang telah di berikan oleh pelajar tahun akhir semasa berada di universiti ini. Di samping itu, majlis ini juga bertujuan untuk memberi semangat dan dorongan kepada pelajar tahun akhir yang bakal menempuh alam pekerjaan (doktor pelatih) di Malaysia kelak.
Di sini Kelab UMNO Kursk memberi setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada sesiapa yang terlibat secari rasmi mahupun tdak rasmi dalam menjayakan majlis ini .




