Wednesday, November 17, 2010

Hari Raya Korban 2010


Pada  17/11/10 telah berlangsung aktiviti penyerahan daging korban kepada seluruh pelajar kursk yang beragama Islam bagi menyerikan sambutan  hari raya korban di kursk . Aktiviti ini di kelola dengan jayanya oleh Majlis Tertinggi  Kelab dan di bantu oleh pelajar melayu di sini. Aktiviti ini di mulakan dengan penyerahan daging  yang telah sedia di kurban oleh penduduk muslim kursk dan dan proses pengagihan dan pemotongan secara sama rata di buat oleh pelajar muslim dan muslimah di 5th hostel.




Tujuan utama aktiviti ini di jalankan adalah menyerikan sambutan hari raya aidiladha dan merapatkan hubungan diantara sesama pelajar islam . Di samping itu juga, aktiviti ini memberi peluang sedikit sebanyak kepada pelajar untuk lebih menghayati erti pengorbanan dan melatih pelajar agar dapat menyelia daging korban dengan baik dan teratur.